Dato’ Aliff Syukri D’Herbs
Biografi Usahawan
Dato’
Aliff Syukri Kamarzaman merupakan seorang usahawan yang berjaya pada masa kini.
Beliau telah dilahirkan pada 3 April 1987 di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang.
Beliau bersekolah di SK Sg. Besar Selangor dan kemudiannya melanjutkan
pengajian di SM Telok Gadong Klang. Beliau juga sempat belajar di Sekolah
Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Setelah tamat pengajian di sekolah pondok, beliau telah menyambung
pengajian di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam. Bagi pengajian di
peringkat universiti pula beliau telah menyambung pengajian di Taylor
Collage.
Beliau
merupakan anak ketiga dan telah berkeluarga pada usia muda. Beliau mempunyai
tiga orang anak hasil daripada perkahwinannya. Isteri beliau iaitu Datin Nur
Shahida Mohd Rashid. Isteri beliau merupakan orang yang menjadi tulang belakang
dalam usaha beliau untuk berjaya. Isterinya banyak membantu dan memberi
sokongan moral untuk beliau meneruskan kejayaan beliau dalam bidang ini.
Dato’
Aliff Syukri melibatkan diri dalam bidang keusahawan bermula sejak beliau kecil
lagi. Beliau bermula dengan jualan jeruk secara kecil-kecilan semasa zaman
persekolahan. Ekoran kesusahan kehidupan, beliau belajar untuk menghargai
setiap sen yang dimiliki. Setelah itu, apabila sedikit dewasa beliau mula menjual
produk kecantikkan dan jamu dari rumah ke rumah. Walaupun berasa malu kerana
kadang-kadang terdapat pelanggan yang tidak mahu mendengar penjelasan beliau
tetapi itu tidak dijadikan alasan untuk putus asa. Malah beliau semakin
bersemangat untuk berniaga.
Prinsip
yang menjadi pegangannya iaitu bukan kerana modal kita berjaya tetapi kerana
usaha dan kesungguhan yang paling penting. Pelbagai usaha harus diambil untuk
menuju kejayaan. Itulah yang dilakukan oleh Dato’ Aliff. Pelbagai usaha yang
beliau lakukan untuk memastikan jenamanya dikenali masyarakat.
Trait Usahawan
- Observant
Dato’
Aliff telah menghasilkan lebih 60 jenis produk untuk kegunaan lelaki, wanita
dan kanak-kanak. Beliau sangat peka terhadap keperluan masyarakat daripada
pelbagai golongan menyebabkan produk beliau mendapat tempat di hati masyarakat.
Kepekaan dan perhatian beliau terhadap keperluan masyarakat juga telah
menyebabkan produk beliau menjadi pilihan. Sebagai contoh, salah satu produk
beliau iaitu pewarna rambut yang diadun khusus untuk lelaki dan wanita islam
yang mementingkan kesucian dan kebersihan. Sebelum menghasilkan produk beliau
telah memikirkan kebajikan pelanggan yang bakal menggunakan produk beliau. Ini
merupakan salah satu perkara yang menyumbang kejayaan beliau dalam bidang ini.
Dato’
Aliff amat mementingkan bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk beliau.
Kandungan dalam setiap produk amat diberi perhatian kerana ini juga akan
memberi kesan kepada kelancaran jualan produk. Pelanggan akan memastikan bahan
yang digunakan tidak mendatangkan kemudaratan lebih-lebih lagi terhadap
kesihatan mereka. Oleh itu, menurut Dato’ Aliff tiada bahan kimia yang boleh
menjejaskan kesihatan di dalam produk beliau. Malah, produk yang dihasilkan
adalah halal dan boleh dibawa sembahyang.
Dato’
Aliff juga amat peka terhadap perubahan dalam jualan. Kini, semakin ramai
pelanggan yang amat mementingkan kesihatan mereka. Mereka menjaga kesihatan
bukan dengan menelan pil atau mengambil vitamin dalam bentuk pil tetapi
masyarakat sekarang lebih menjurus menjaga kesihatan menggunakan bahan organik.
Oleh itu, Dato’ Aliff telah mencipta satu produk baru yang menjadi permintaan
ramai sekarang iaitu Minuman Jus kesihatan Galomex Gold. Jus minuman ini
mengandungi campuran 30 jenis herba. Jus ini bersesuaian untuk membantu merawat
pelbagai jenis penyakit.
Sikap
beliau iaitu seorang yang ‘Observant’
menyebabkan beliau mampu menghasilkan pelbagai jenis produk yang mendatangkan
kebaikkan kepada pengguna dan boleh digunakan oleh pelbagai golongan masyarakat
daripada yang muda sehingga yang tua. Ini menyebabkan produk beliau mendapat
tempat dihati masyarakat. Pelbagai golongan boleh menggunakannya menjadikan
produk beliau satu produk yang serbaguna. Ini memudahkan para pelanggan untuk
membeli. Di samping itu, kepekaan beliau terhadap kualiti produk turut membantu
mejayakan lagi jualannya. Kualiti produk amat penting supaya pelanggan terus
setia untuk menggunakan produk kita. Jika kita menghasilkan produk yang
berkualiti, pelanggan akan tanpa was-was untuk terus menggunakan produk yang
kita hasilkan.
- Proaktif
Beliau juga seorang usahawan yang
proaktif dalam menjayakan jualan produk D’Herbs di pasaran. Beliau bergiat
aktif dalam meluaskan produknya di seluruh Malaysia,
bahkan produknya semakin diterima pengguna dari seluruh negara berikutan
permintaan yang diterima semakin meningkat dari hari ke hari.
Pada setiap hujung minggu, beliau akan membuat bengkel kecantikan dan
kesihatan di tempat-tempat kerja samada swasta mahupun kerajaan. Selepas gigih
menjual produk daripada pelbagai jenama, beliau mula merasakan lebih baik bagi
beliau untuk menjual produknya sendiri.
D’Herbs telah menghasilkan
lebih daripada 30 produk. Antaranya ialah Jus Perawan, dan hari ini D’Herbs
semakin dikenali dengan kepelbagaian produk antaranya Tablet Coklat Pintar Ibnu
Sina, Gel Berherba Aloe Gamat, Sabun Scrub Mukjizat, set wangian dan
sebagainya.
- Mengambil risiko terbuka ( open-risk taker)
Selain itu, beliau juga merupakan
seorang yang berani mengambil risiko terbuka. Sebagai contoh, produk beliau
tidak mempunyai kumpulan sasaran yang spesifik tetapi produknya dikatakan lebih
disasarkan kepada golongan wanita. Sesetengah stokis dan pelanggan
mempersoalkan produk beliau kerana beliau seorang lelaki dan bagi mereka beliau
mungkin kurang memahami apa yang wanita perlukan terutamanya dalam penjagaan
kesihatan dan kecantikan.
Antara
risiko yang dihadapi oleh Dato Aliff Syukri iaitu membuat percaturan yang salah
apabila beliau cuba membuat pinjaman di bank dan malangnya pinjaman yang
dimohon ditolak mentah-mentah oleh pegawai bank. Namun begitu, beliau tidak
putus asa. beliau mengambil inisiatif lain dengan membaritahu hajatnya kepada
rakan-rakan yang beliau ingin membuat satu jenama dan ingin berkongsi bersama
mereka. Rakan-rakan beliau berminat dan yakin dengan kewibawaan beliau untuk
membuat satu jenama. Duit yang rakan-rakan nya laburkan, beliau jadikan sebagai
pelaburan. Beliau jadikan sebagai modal awal dan digabungkan dengan perniagaan
pasar tani beliau dua tahun dahulu sebanyak RM 100000.
- Berwawasan
Beliau seorang usahawan
yang berwawasan sehingga beliau mampu menghasilkan produk D’Herbs yang pelbagai
jenis. Beliau telah memasarkan produk beliau dari kecil-kecilan dan telah
meluas sehingga ke luar negara. Selain itu, beliau turut menyimpan hasrat untuk menghasilkan 500 jenis produk lagi
pada masa akan datang bagi memberi lebih pilihan kepada para pengguna.
Bapa kepada
tiga orang cahaya mata ini juga mempunyai misi yang jelas dalam hidupnya iaitu
untuk menjadikan empayar kosmetik Avon sebagai tanda aras, beliau berharap
dapat mengembangkan jenama D’Herbs sebagai satu jenama global.
Syarikat D’Herbs juga mempunyai wawasan yang jelas iaitu ingin
menjadikan D’Herbs sebuah syarikat single
level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep
terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekali gus mempunyai sistem yang terbaik
dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu
dimiliki oleh semua golongan sekali gus dapat menjana pendapatan serta
keuntungan bagi kedua – dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga.
Setiap orang yang ingin berjaya tidak akan terlepas daripada berdepan dengan kegagalan. Akan tetapi, berdepan dengan kegagalan merupakan satu pilihan kerana jika seorang usahawan itu ingin berjaya pasti mereka akan berusaha bersungguh-sungguh. Itulah yang berlaku dengan Dato’ Aliff kerana beliau juga tidak terlepas daripada berdepan dengan kegagalan. Pada awal penyertaan beliau dalam bidang keusahawan, produk beliau tidak terus menjadi pilihan masyarakat seperti sekarang. Pada permulaan perniagaan, beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan sahaja. Namun, disebabkan usaha dan semangat yang tinggi, Dato’ Aliff terus berusaha untuk menghasilkan lebih banyak produk baru dan mempelbagaikan lagi produknya untuk memenuhi keperluan masyarakat masa kini. Kini, produknya lebih mudah didapati seperti di pasar malam, pasar tani, farmasi, kedai jamu dan pusat jualan D’ Herbs sendiri. Semangat yang ada pada diri Dato’ Aliff untuk mempromosikan produknya telah menyebabkan produknya semakin dikenali sekarang. Belajar daripada kegagalan pada masa lepas memberikan semangat dan inspirasi untuk beliau terus memajukan perniagaannya. Dato’ Aliff memberitahu bahawa dalam perniagaan ini untuk terus berjaya kita tidak boleh malu untuk mempromosikan produk kita kepada masyarakat dan orang awam.
- Kegagalan adalah satu pilihan
Setiap orang yang ingin berjaya tidak akan terlepas daripada berdepan dengan kegagalan. Akan tetapi, berdepan dengan kegagalan merupakan satu pilihan kerana jika seorang usahawan itu ingin berjaya pasti mereka akan berusaha bersungguh-sungguh. Itulah yang berlaku dengan Dato’ Aliff kerana beliau juga tidak terlepas daripada berdepan dengan kegagalan. Pada awal penyertaan beliau dalam bidang keusahawan, produk beliau tidak terus menjadi pilihan masyarakat seperti sekarang. Pada permulaan perniagaan, beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan sahaja. Namun, disebabkan usaha dan semangat yang tinggi, Dato’ Aliff terus berusaha untuk menghasilkan lebih banyak produk baru dan mempelbagaikan lagi produknya untuk memenuhi keperluan masyarakat masa kini. Kini, produknya lebih mudah didapati seperti di pasar malam, pasar tani, farmasi, kedai jamu dan pusat jualan D’ Herbs sendiri. Semangat yang ada pada diri Dato’ Aliff untuk mempromosikan produknya telah menyebabkan produknya semakin dikenali sekarang. Belajar daripada kegagalan pada masa lepas memberikan semangat dan inspirasi untuk beliau terus memajukan perniagaannya. Dato’ Aliff memberitahu bahawa dalam perniagaan ini untuk terus berjaya kita tidak boleh malu untuk mempromosikan produk kita kepada masyarakat dan orang awam.
Sure fixed prediction - thakasino.com 카지노 카지노 jeetwin jeetwin 온라인카지노 온라인카지노 141Free NHL Hockey Nhl Games | Hockey Betting News
ReplyDelete